...pagi pagi berdiri dalam LRT. Body kecil orang himpit suka hati. Mula-mula cuma rasa sakit hati. Lama-lama tak tahan macam ini. Aku tolak brader dengan tangan kiri. Rupa-rupanya awek dia berdiri di sisi! Terus dia peluk lengan itu laki laki... he he he...
...sampai ofis muka aku macam udang. (Udang goreng campur dengan kueytiaw kerang.) Jalan kaki muka kena tunjuk garang. Jumpa orang macam mahu lawan pedang. Dalam kepala cuma ingat bantal panjang. Kereta rosak tidur malam pun tak senang.
...tengok email panjang berjela-jela. Tengok miscall macam kerja tangkap naga. Kiri kanan orang cari merata-rata. Tengok meja macam sarang ular sawa. Tengok sms boss bunyi macam puaka. "Mintak pricing internal cabling ini hari juga!". Kalau maki nanti aku juga yang kena.
...masuk meeting sedia senyum penuh pipi. Dalam hati tompok hitam macam daki. Aku niat cuci tangan dengan kaki. Rupanya "no available process at the other party". Aku rasa aku sudah kena badi. Sudah masa tukar mode "King Kong Bundy".
...waktu makan aku tidur dalam surau. Mata pejam tapi otak masih melilau. Itu tanda orang memang jiwa kacau. Rasa macam nak lari pergi pulau. Cuti panjang tak ada siapa boleh berkicau.
...petang sikit aku mula cuci mata. MSN, Wonderwall, buka blog buat cerita. Kerja banyak tapi aku bosan gila. Yang pasti meeting cancel aku gembira!
...dan ini hanya sehingga jam tiga~!!!
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment